Labels

Tuesday 10 June 2014

ADUAN GANGGUAN BUNYI YARL RESTAURANT YANG SEMAKIN SERIUS

Why is yarl restaurant still allowed to prepare foods near the garbage dumps? Please take note that when the Alam Flora workers empty the bins, they do not wash them and there are many decaying leftovers sticking to the bins for goodness knows how long. Results from the study by researchers at one of the world's leading waste management centres showed that garbage bins could be a breeding ground for a host of bacteria associated with some of the most devastating stomach bugs including salmonella, e.coli, legionella, clostridium and deadly listeria. These are the bacteria that cause food poisoning (This article is originally posted at 6.35 a.m. this morning and is edited to add the above photo which is taken at a later time today i.e. at 9.30 a.m.)


Bangunan Tong Fatt, Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. 
________________________________________________________________
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 1, Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.                                                             10 Jun 2014                                             
Tuan,
Aduan Gangguan Bunyi Yarl Restaurant Yang Semakin Serius
Saya ingin membuat aduan mengenai gangguan bunyi Yarl Restaurant yang makin hari makin serius.
2. Setiap pagi, yarl restaurant membuka kitchen hoodnya yang memekakkan telinga di awal pagi. Bunyi kitchen hood ini bukannya bunyi biasa tetapi merupakan jenis bunyi motor yang amat kuat sehingga mengganggu ketenteraman hidup semua penghuni-penghuni di sekitar kawasan yang berdekatan dengan yarl restaurant. Pagi ini, yarl restaurant membuka motor kitchen hoodnya pada jam 6.10 pagi. Sebenarnya pada masa itu, ramai orang, terutamanya orang-orang tua dan kanak-kanak / bayi masih belum bangun lagi. Bila dikejutkan oleh bunyi motor yarl restaurant yang kuat, terpaksalah mereka bangun. Setelah menderita kian lama dan disebabkan oleh kekurangan tidur, kesihatan mereka terganggu. Ada kalanya, yarl restaurant dah mula membuka motor kitchen hoodnya pada jam 5.40 pagi. Sila klik di sini untuk tengok videonya. Ada kalanya yarl restaurant beroperasi hingga tengah malam kalau ada ramai pelanggan.
3. Sebenarnya, pada lebih kurang jam 5.00 pagi setiap hari, yarl restaurant sudah pun mula membuat bunyi bising di dapurnya dengan memotong ayam, tumbuk-menumbuk (entah cili ke apa), dan menarik-menarik tong-tong gas. Bunyi seperti ini juga amat mengganggu ketenteraman di sekitar kawasan perumahan yang berhampiran dengan yarl restaurant terutamanya pada jam 5.00 pagi bila keadaan di persekitaran amat sunyi sekali dan ramai orang masih sedang tidur.

4. Sudah banyak (berpuluh-puluh) kali kami buat aduan tetapi setakat ini langsung tidak ada sebarang tindakan yang di ambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Walaupun sudah menghantar berpuluh-puluh email, yang kami dapat ialah 3 email dari pihak DBKL yang memberi alasan-alasan yang lucu dan tidak menasabah. Sila klik di sini untuk membaca ketiga-tiga email yang saya terima dari Thilagenthiran a/l Somasundram yang kononnya telah membuat siasatan untuk kes gangguan bunyi yarl restaurant. Setelah menerima email ketiga yang lucu dari Thilagenthiran a/l Somasundram, pihak DBKL tidak memberi apa-apa maklum balas kepada kami lagi.

5. Selain daripada gangguan bunyi yang berterusan, yarl restaurant juga mengeluarkan bau kari yang pedih untuk mencemarkan udara di sekitar. Kain yang disidai di luar semuanya berbau kari. Sekarang ni, kami tak de tempat nak sidai kain disebabkan oleh bau kari dari yarl restaurant.

6. Cara pengoperasian yarl restaurant juga amatlah kotor sekali. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok restoran yang kotor macam ini. Meja kotor (buatan yarl restaurant sendiri) yang di letak di luar dan selalu dihinggapi burung gagak digunakan untuk menyediakan makanan. Makanan yang disediakan ditinggalkan begitu saja untuk menjadi santapan burung gagak yang berkeliaran di situ sebelum diberikan kepada pelanggan. Ini mungkin akan membawa jangkitan selsema burung. (Sila klik di sini untuk tengok meja yang amat disukai oleh burung-burung gagak yang berkeliaran di sekitar yarl restaurant). Pekerja-pekerja yarl restaurant juga suka kencing di dalam longkang di luar. (Sila klik di sini untuk tengok video pekerja yarl restaurant yang sedang kencing ke dalam longkang pada 5 Jun 2014, jam 11 malam. Pada malam itu yarl restaurant membuat bising sampai jam 11.15 p.m.). Apa yang menjijikkan di sini ialah tempat yang digunakan oleh yarl restaurant untuk menyediakan makanan juga merupakan tempat pekerja-pekerjanya kencing.

7. Di sepanjang lorong di belakang yarl restaurant ada banyak tong sampah yang besar. Walaupun pekerja-pekerja Alam Flora akan membuang sampah sekali-sekala, mereka tidak mencuci tong sampah-tong sampah itu atau membasmi kuman. Di dalam tong sampah -tong sampah yang besar ini masih ada lagi sampah yang sedang mereput yang terlekat di permukaan dalam dan kita semua tahu sampah yang sedang mereput akan mengeluarkan banyak bakteria atau spora bakteria yang mungkin akan menyebabkan keracunan makanan. Mengapakah yarl restaurant masih dibenarkan menyediakan makanan berdekatan dengan tong sampah-tong sampah ini?

8. Oleh kerana yarl restaurant tidak mempunyai ruangan yang mencukupi di dalam restoran, ia telah menggunakan jalan kecil di belakang restoran sebagai dapurnya. Di hadapan yarl restaurant pula, kerusi meja di susun di koridor untuk menempatkan lebih ramai pelanggan. Menurut seorang pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang saya terserempak baru-baru ini, sesebuah restoran itu tidak dibenarkan menggunakan kawasan lapang di hadapan dan di belakang kedainya untuk menjalankan perniagaan atau sebagai dapur. Ia hanya boleh menggunakan kawasan di dalam kedainya sahaja. Mengapakah yarl restaurant dibenarkan menggunakan kawasan yang bukan di dalam kedainya untuk tujuan menjalankan perniagaan?
9. Kami berharap yarl restaurant akan hanya dibenarkan membuka motor kitchen hoodnya selepas jam 7 pagi dari Isnin hingga Jumaat dan selepas jam 8 pagi pada hujung minggu. Pada hujung minggu, kami tidak bekerja dan ingin tidur lewat sedikit daripada hari-hari biasa. Kami tidak mahu dikejutkan oleh bunyi motor yarl restaurant pada jam 6.00 pagi. Kanak-kanak sekolah mahu tidur pada jam 10 malam dan kami berharap yarl restaurant akan menghentikan bunyi bisingnya selewat-lewatnya pada jam 10 malam. Kalau yarl restaurant ingin membuat bising 24 jam sehari, ia boleh pindah ke tempat lain. Jangan buka motor yang kuat dan memekakkan telinga sepanjang hari di depan bilik tidur orang. Sebenarnya kami sudah pun banyak menderita dari program pencemaran bunyi yarl restaurant. Janganlah sampai nak tidur pun tak boleh.

10. Saya berharap aduan saya akan dapat pertimbangan dari pihak tuan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas majikan yarl restaurant yang hanya mementingkan perniagaannya dan tidak mempedulikan orang lain. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak berhati  perut ini harus diberi balasan yang sewajarnya. 
Sekian, terima kasih.

      Yang Benar,

___Hafizul____

 

No comments:

Post a Comment