Bangunan Tong Fatt,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.
______________________________________________________________________
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Tingkat 1, Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur. 20 Jun 2014
Tuan,
Aduan Bunyi Bising Yang Memekakkan Pada Jam 5.40 Pagi
Saya ingin membuat aduan mengenai
gangguan bunyi Yarl Restaurant yang makin hari makin serius. Makin hari makin awal restoran ini membuka kitchen hoodnya yang bising itu. Hari ini, yarl restaurant membuka kitchen hoodnya yang bising dan memekakkan telinga itu pada jam 5.40 pagi.
Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2013/10/human-rights-in-malaysia.html untuk maklumat
Yarl Restaurant yang lebih terperinci.
2. Setiap pagi, yarl restaurant
membuka kitchen hoodnya yang memekakkan telinga di awal pagi. Bunyi
kitchen hood ini bukannya bunyi biasa tetapi merupakan jenis bunyi motor yang kuat
seperti guruh sehingga mengganggu ketenteraman hidup semua penghuni-penghuni di
sekitar kawasan yang berdekatan dengan yarl restaurant. Pagi ini, yarl
restaurant membuka motor kitchen hoodnya pada jam 5.40 pagi.
Sebenarnya pada masa itu, ramai orang, terutamanya orang-orang tua dan
kanak-kanak / bayi masih belum bangun lagi. Bila dikejutkan oleh
bunyi motor yarl restaurant yang kuat, terpaksalah mereka bangun. Keadaan ini
sudahpun berterusan selama 18 bulan dan memang tidak dapat dinafikan bahawa kesihatan
mereka terganggu. Ada kalanya, yarl restaurant dah mula membuka motor kitchen
hoodnya pada jam 5.30 pagi. Yang paling awal sekali yarl restaurant membuka motor kitchen hoodnya
yang memekakkan ialah jam 5.20 pagi. Yarl restaurant juga pernah membuat bunyi
bising dengan motor kitchen hoodnya sehingga tengah malam. Kanak-kanak sekolah
nak tidur awal dan bunyi bising yang keterlaluan menyebabkan mereka tak dapat
tidur dan seterusnya tak dapat fokus di sekolah sebab tak cukup tidur. Mereka
yang kerja sampai lewat malam terpaksa pergi kerja mengantuk dan letih setiap
hari sebab dikejutkan terlalu awal oleh yarl restaurant. Ini akan mendatangkan kesan
yang serius terhadap kesihatan mereka. Setiap kali, bila motor kitchen hood
yarl restaurant dibuka, ia membuatkan warga tua terkejut sebab bunyinya terlalu
kuat. Mereka yang ada penyakit jantung berasa seolah-olah jantung mereka
melompat keluar dari tubuh mereka bila mendengar bunyi itu. Soalannya di sini ialah adakah yarl restoran mempunyai kebenaran untuk beroperasi dari jam 5.30 pagi hingga tengah malam dari pihak DBKL?
3. Sebenarnya, pada lebih kurang jam
5.00 pagi setiap hari, yarl restaurant sudah pun mula membuat bunyi bising di
dapurnya dengan memotong ayam, tumbuk-menumbuk (entah cili ke apa), dan
menarik-menarik tong-tong gas. Bunyi seperti ini juga amat mengganggu
ketenteraman di sekitar kawasan perumahan yang berhampiran dengan yarl
restaurant terutamanya pada jam 5.00 pagi bila keadaan di persekitaran amat
sunyi sekali dan ramai orang masih sedang tidur.
4. Sudah banyak (berpuluh-puluh) kali kami buat aduan tetapi setakat ini langsung tidak ada sebarang tindakan yang di ambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Walaupun sudah menghantar berpuluh-puluh email, yang kami dapat ialah 3 email dari pihak DBKL yang memberi alasan-alasan yang lucu dan tidak menasabah. Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/05/why-is-kuala-lumpur-city-hall-dbkl-so.html untuk membaca ketiga-tiga email yang saya terima dari Thilagenthiran a/l Somasundram yang kononnya telah membuat siasatan untuk kes gangguan bunyi yarl restaurant. Setelah menerima email ketiga yang lucu dari Thilagenthiran a/l Somasundram, pihak DBKL tidak memberi apa-apa maklum balas kepada kami lagi.
5. Selain daripada gangguan bunyi yang berterusan, yarl restaurant juga mengeluarkan bau kari yang pedih untuk mencemarkan udara di sekitar. Kain yang disidai di luar semuanya berbau kari. Sekarang ni, kami tak de tempat nak sidai kain disebabkan oleh bau kari dari yarl restaurant.
6. Cara pengoperasian yarl restaurant juga amatlah kotor sekali. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok restoran yang kotor macam ini. Meja kotor (buatan yarl restaurant sendiri) yang di letak di luar dan selalu dihinggapi burung gagak digunakan untuk menyediakan makanan. Makanan yang disediakan ditinggalkan begitu saja untuk menjadi santapan burung gagak yang berkeliaran di situ sebelum diberikan kepada pelanggan. Ini mungkin akan membawa jangkitan selsema burung. (Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/06/do-you-know-that-you-can-be-infected.html untuk tengok meja yang amat disukai oleh burung-burung gagak yang berkeliaran di sekitar yarl restaurant). Pekerja-pekerja yarl restaurant juga suka kencing di dalam longkang di luar. (Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/06/does-yarl-restaurant-need-pissing-tanker.html
untuk tengok video pekerja yarl restaurant
yang sedang kencing ke dalam longkang pada 5 Jun 2014, jam 11 malam. Pada malam
itu yarl restaurant membuat bising sampai jam 11.15 p.m.). Apa yang menjijikkan
di sini ialah tempat yang digunakan oleh yarl restaurant untuk menyediakan
makanan juga merupakan tempat pekerja-pekerjanya kencing. Longkang ini juga menjadi tempat kencing orang awam seperti penagih dadah. Pekerja-pekerja yarl restautant juga tidak suka tukar baju dan memakai baju yang kotor semasa menyediakan makanan. (Sila layari 4. Sudah banyak (berpuluh-puluh) kali kami buat aduan tetapi setakat ini langsung tidak ada sebarang tindakan yang di ambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Walaupun sudah menghantar berpuluh-puluh email, yang kami dapat ialah 3 email dari pihak DBKL yang memberi alasan-alasan yang lucu dan tidak menasabah. Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/05/why-is-kuala-lumpur-city-hall-dbkl-so.html untuk membaca ketiga-tiga email yang saya terima dari Thilagenthiran a/l Somasundram yang kononnya telah membuat siasatan untuk kes gangguan bunyi yarl restaurant. Setelah menerima email ketiga yang lucu dari Thilagenthiran a/l Somasundram, pihak DBKL tidak memberi apa-apa maklum balas kepada kami lagi.
5. Selain daripada gangguan bunyi yang berterusan, yarl restaurant juga mengeluarkan bau kari yang pedih untuk mencemarkan udara di sekitar. Kain yang disidai di luar semuanya berbau kari. Sekarang ni, kami tak de tempat nak sidai kain disebabkan oleh bau kari dari yarl restaurant.
6. Cara pengoperasian yarl restaurant juga amatlah kotor sekali. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok restoran yang kotor macam ini. Meja kotor (buatan yarl restaurant sendiri) yang di letak di luar dan selalu dihinggapi burung gagak digunakan untuk menyediakan makanan. Makanan yang disediakan ditinggalkan begitu saja untuk menjadi santapan burung gagak yang berkeliaran di situ sebelum diberikan kepada pelanggan. Ini mungkin akan membawa jangkitan selsema burung. (Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/06/do-you-know-that-you-can-be-infected.html untuk tengok meja yang amat disukai oleh burung-burung gagak yang berkeliaran di sekitar yarl restaurant). Pekerja-pekerja yarl restaurant juga suka kencing di dalam longkang di luar. (Sila layari http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/06/does-yarl-restaurant-need-pissing-tanker.html
http://zorro2013questforjustice.blogspot.com/2014/06/dirty-restaurant-workers-who-do-not.html untuk melihat gambar-gambar pekerja-pekerja yarl restaurant yang menyediakan makanan dengan pakaian yang kotor).
7. Di sepanjang lorong di belakang yarl restaurant ada banyak tong sampah yang besar. Walaupun pekerja-pekerja Alam Flora akan membuang sampah sekali-sekala, mereka tidak mencuci tong sampah-tong sampah itu atau membasmi kuman. Di dalam tong sampah-tong sampah yang besar ini masih ada lagi sampah yang sedang mereput yang terlekat di permukaan dalam dan kita semua tahu sampah yang sedang mereput akan mengeluarkan banyak bakteria atau spora bakteria yang mungkin akan menyebabkan keracunan makanan. Mengapakah yarl restaurant masih dibenarkan menyediakan makanan berdekatan dengan tong sampah-tong sampah itu?
8. Oleh kerana yarl restaurant tidak mempunyai ruangan yang mencukupi di dalam restoran, ia telah menggunakan jalan kecil di belakang restoran sebagai dapurnya. Di hadapan yarl restaurant pula, kerusi meja di susun di koridor untuk menempatkan lebih ramai pelanggan. Menurut seorang pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang saya terserempak baru-baru ini, sesebuah restoran itu tidak dibenarkan menggunakan kawasan lapang di hadapan dan di belakang kedainya untuk menjalankan perniagaan atau sebagai dapur. Ia hanya boleh menggunakan kawasan di dalam kedainya sahaja. Mengapakah yarl restaurant dibenarkan menggunakan kawasan yang bukan di dalam kedainya untuk tujuan menjalankan perniagaan?
9. Kami berharap yarl restaurant akan
hanya dibenarkan membuka motor kitchen hoodnya selepas jam 7 pagi dari Isnin
hingga Jumaat dan selepas jam 8 pagi pada hujung minggu. Pada hujung minggu, kami
tidak bekerja dan ingin bangun lewat sedikit daripada hari-hari biasa. Kami
tidak mahu dikejutkan oleh bunyi motor yarl restaurant pada jam 6.00 pagi. Kami
juga berharap yarl restaurant akan berhenti membuat bunyi bising
selewat-lewatnya pada jam 10 malam sebab kami mahu tidur. Kanak-kanak sekolah
mesti tidur awal. Kalau yarl restaurant ingin membuat bising 24 jam sehari, ia
boleh pindah ke tempat lain. Jangan buka motor yang kuat dan memekakkan telinga
sepanjang hari di depan bilik tidur orang. Sebenarnya kami sudah pun banyak
menderita dari program pencemaran bunyi yarl restaurant. Janganlah sampai nak
tidur pun tak boleh.
10. Mengapakah pihak DBKL tidak boleh mengambil tindakan ke yarl restaurant? Inilah yang menyebabkan yarl restaurant makin hari makin berani untuk mengganggu penghuni-penghuni flat di sini kerana ia tahu tiada sebarang tindakan yang akan di ambil oleh pihak DBKL. Saya berharap aduan saya akan dapat pertimbangan dari pihak tuan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas majikan yarl restaurant yang hanya mementingkan perniagaannya dan tidak mempedulikan orang lain. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut ini harus diberi balasan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.
Yang
Benar,
__Hafizul____
No comments:
Post a Comment